Syarat-syarat penyertaan

  1. TERBUKA kepada pelajar Sarjana Muda, Sarjana (Master dengan Tesis) dan PhD Universiti Awam dan Swasta yang mendapat pengesahan senat pada tahun 2026.
  2. Bagi kategori Sarjana (Master dengan Tesis) dan PhD, pelajar mestilah mendaftar sebagai AHLI MSAE. Sila daftar di https://members.msae.my/.
  3. Sila sediakan dokumen sebelum mengisi borang penyertaan ini. Dokumen yang perlu dimuat naik adalah seperti berikut:
    • Gambar profil pelajar
    • Salinan kad pengenalan pelajar
    • Salinan kad matrik pelajar
    • Salinan tesis pelajar
    • Salinan Surat Senat Universiti
    • Salinan Transkrip
    • Salinan muka hadapan jurnal/buku/lain-lain yang telah diterbitkan atau salinan email jika jurnal/buku/lain-lain yang diterima untuk diterbitkan**. Mohon digabungkan menjadi satu(1) fail sahaja.
    • Salinan sijil penyertaan seminar/konferensi
    • Salinan patent/copyright**.
    • Salinan sijil anugerah/hadiah**.
    • Dokumen salinan hendaklah disahkan oleh Pegawai Kerajaan Kumpulan A/ Pengetua/ Guru Besar/ Guru Penolong Kanan/ Wakil Rakyat/ Penggawa/ Penghulu/ Ketua Kampung/ Pengerusi JKKK (Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung)/ Ketua Kaum/ Ketua Anak Negeri.
    • Pengesahan (tandatangan dan cap rasmi) boleh dilaksanakan secara digital.
    • Dokumen WAJIB diberikan dalam tempoh pengajian yang dipohon bergantung pada kategori Anugerah Tesis Terbaik. Dokumen yang diberikan selain tahun pengajian akan menyebabkan permohonan akan dibatalkan.
  4. Terdapat 3 kategori iaitu:
    • Anugerah Tesis Terbaik MSAE (Kategori Bacelor)
    • Anugerah Tesis Terbaik MSAE (Kategori Master)
    • Anugerah Tesis Terbaik MSAE (Kategori PhD)
  5. Tesis adalah kajian pengkhususan dalam bidang sains atau teknologi atau kejuruteraan berkaitan pertanian dan makanan.
  6. Terbuka kepada semua warganegara Malaysia yang mengikuti program di universiti di Malaysia.
  7. Tarikh tutup penyertaan adalah pada 24 Januari 2027. Tarikh tutp untuk menjadi ahli MSAE bagi menyertai anugerah ini adalah pada 31 Disember 2026.
  8. Penyertaan adalah percuma.
  9. Setiap penyertaan akan diberikan sijil penyertaan.
  10. Panel penilai dilantik oleh MSAE dan keputusan adalah muktamad.
  11. Sebarang pertanyaan lanjut boleh email kepada eng.msae@upm.edu.my