Pendaftaran Anugerah Tesis Terbaik MSAE 2025

Nota Penting:

  1. Bagi kategori Sarjana (Mod Penyelidikan) dan PhD, pelajar mestilah mendaftar sebagai AHLI MSAE. Sila daftar di https://members.msae.my/.
  2. Sila sediakan dokumen sebelum mengisi borang penyertaan ini. Dokumen yang perlu dimuat naik adalah seperti berikut:

    • Gambar profil pelajar
    • Salinan kad pengenalan pelajar
    • Salinan kad matrik pelajar
    • Salinan tesis pelajar
    • Salinan Surat Senat Universiti
    • Salinan Transkrip
    • Salinan muka hadapan jurnal/buku/lain-lain yang telah diterbitkan atau salinan email jika jurnal/buku/lain-lain yang diterima untuk diterbitkan. Mohon digabungkan menjadi satu(1) fail sahaja.
    • Salinan sijil penyertaan seminar/konferensi. Mohon digabungkan menjadi satu(1) fail sahaja
    • Salinan patent/copyright. Mohon digabungkan menjadi satu(1) fail sahaja
    • Salinan sijil anugerah/hadiah. Mohon digabungkan menjadi satu(1) fail sahaja.
    • Dokumen salinan hendaklah disahkan oleh Pegawai Kerajaan Kumpulan A/ Pengetua/ Guru Besar/ Guru Penolong Kanan/ Wakil Rakyat/ Penggawa/ Penghulu/ Ketua Kampung/ Pengerusi JKKK (Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung)/ Ketua Kaum/ Ketua Anak Negeri.
    • Pengesahan (tandatangan dan cap rasmi) boleh dilaksanakan secara digital.

Penyertaan Anugerah Tesis Terbaik MSAE telah ditutup. Terima kasih